Resepi Churros Rangup, Mudah dan Sedap

Resepi churros sedang popular di perkataan dan menjadi viral di media sosial. Churros ini kuih popular di Spanyol, Perancis, dan Itali yang berasaskan doh pastei yang digoreng dan dicelup coklat. Bila makan di cafe atau restoran harga boleh mencecah RM 20-30, lebih senang buat sendiri di dapur.

Bila kita membuat resepi churros, rasanya serupa kepada cream puff. Kaedah penyediaannya pun hampir serupa, cuma berbeza cara memasaknya sedikit. Jika cream puff di bakar, churros digoreng seperti donut.

Resepi Churros

Churros berbentuk seperti jejari panjang yang digoreng sehingga rangup dan kemudian dilumuri dengan gula halus. Resepi churros yang mudah dan sedap ini pasti akan menjadi kegemaran anda dan keluarga. Ia lebih sedap dihidangkan bersama coklat panas. Ikuti langkah-langkah mudah ini untuk mencuba membuat churros sendiri di rumah. Resepi churros ini hanya untuk orang sahaja sekali makan, kalau nak buat ramai sila buat lebih dan gandakan sukatannya.

Bahan-bahan

  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 cawan air
  • 1 gm butter
  • 1 biji telur
  • 1 sudu besar gula halus
  • 1 sudu teh baking powder
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 1 sudu teh serbuk cinimon (kayu manis)
  • sedikit gula halus

Bahan sos coklat

  • 60 ml heavy cream / tick cream
  • 10 gm syrup glucos
  • 100 gm dark choc (coklat cincang)
  • 1 sudu besar Hazelnut paste atau Nutella

Cara buat churros

  1. Mula-mula satukan air, gula halus, garam dan butter ke dalam periuk, masak hingga mendidih.
  2. Sambil menunggu air mendidih, ayak tepung gandum bersama baking powder.
  3. Bila air dah mendidih, tutup api dan masukkan tepung tadi sedikit-sedikit sambil tangan sebelah mengacau terus adunan supaya tepung tidak bergentel-gentel.
  4. Bila dah lembut, masukkan telur dan esen vanilla, terus kacau sampai adunan likat.
  5. Biarkan sejenak dan bersiap panaskan minyak dengan api sederhana.
  6. Sediakan nozel bintang dan letakkan doh ke dalam piping bag.
  7. Bila minyak sudah cukup panas, paipkan doh dalam kuali dan gunting panjang mana kita suka.
  8. Goreng sambil di balik-balikkan supaya masak keseluruhan.
  9. Tunggu hingga berwarna kuning keemasan dan angkat.
  10. Letakkan ke dalam bekas yang berlapik kertas tisu untuk serap minyaknya.
  11. Gaul churros ke dalam gula dan serbuk cinimon (kayu manis) semasa ia masih hangat, bila dah sejuk susah lekat dah di churros tu.

Cara buat sos coklat churros

  1. Gaul heavy cream dan syrup glucos, lalu masak hingga timbul buih kecil di tepi periuk.
  2. Angkat dan tuangkan di atas coklat cincang.
  3. Tambahkan Hazelnut paste atau Nutella dan gaul hingga rata.

Sekian resepi churros rangup, mudah dan sedap yang boleh saya kongsikan. Jangan lupa panaskan minyak jangan terlalu panas bila nak goreng, nanti bentuknya tak cantik. Tapi jangan pula perlahan sangat nanti ia serap minyak, menjadi tak sedap pula. Selamat mencuba dan semoga berjaya.

Leave a Comment