Resepi Mee Kari Spesial dan Paling Sedap

Anda yang masih tidak ada idea nak masak apa hari ini, boleh cuba resepi mee kari spesial dan paling sedap. Mee kari memang paling sedap di masak menggunakan air rebusan udang. Jika nak buat mee kari, kita memang mesti sibuk sedikit kerana bahannya memang banyak.

Mee kari merupakan hidangan yang sangat popular di Malaysia dan kini semakin popular di seluruh dunia. Dengan gabungan mi kuning lembut dan kuah kari yang pekat dan kaya dengan rempah, hidangan ini pasti akan memuaskan selera anda. Jom ikuti langkah-langkah mudah dalam resepi ini dan nikmatilah hidangan mee kari yang sedap dan menyelerakan bersama keluarga dan rakan-rakan anda.

Resepi Mee Kari

Memang sedap jika kita memasaknya sendiri. Sedap dan puas jika masakan kita di nikmati keluarga. Anda boleh cuba memasak mee kari pada hari istimewa. Jom kita intai resepi mee kari spesial dan paling sedap ini. Kombinasi seafood seperti kerang dan udang boleh menambah perisa kuah kari dan membuat mee kari menjadi menarik. Mee kari sudah jarang di jual, kalau pun ada ramuannya mesti tidak lengkap.

Bahan-bahan

  • 1/2 kg udang basah
  • 1/2 cawan udang kering – di rendam hingga lembut dan kisar
  • 20 tangkai cili kering – di rendam hingga lembut dan kisar halus
  • 3 sudu besar rempah kari Baba’s
  • 4 ulas bawang putih
  • 10 ulas bawang merah
  • 1 inc lengkuas
  • 1 inc halia
  • 2 batang serai – di ambil bahagian putihnya
  • 3 biji buah keras

Bahan perasa

  • 1 kiub daging
  • 1 kiub ikan bilis
  • 300 ml santan
  • 1 buku gula Melaka
  • 3 keping asam keping
  • garam, gula dan maggi secukup rasa

Bahan tumis

  • 2 batang kulit kayu manis
  • 2 batang serai – di titik
  • 3 tangkai daun kari – di raut
  • 3 kuntum bunga lawang
  • 5 kuntum cengkih
  • 1 sudu minyak masak

Bahan lain

  • 1/2 kg daging batang pindang
  • udang basah
  • fishball
  • 8 keping tahu pong – di belah 2
  • 3 biji kentang – di hiris bulat, di goreng, dan di kisar halus.
  • air secukupnya

Cara masak mee kari

  1. Asingkan isi udang daripada kepala dan kulitnya.
  2. Rebus kulit dan kepala udang dengan sedikit air. Biarkan sejuk sekejap.
  3. Kisar halus guna blender dan kita tapis.
  4. Campurkan air tapisan rebusan udang tadi dengan isi udang. Kisar halus untuk membuat stock udang.
  5. Panaskan minyak dan tumis semua bahan tumis hingga naik bau.
  6. Masukkan bawang putih, bawang merah, lengkuas, halia, serai dan buah keras yang telah di kisar.
  7. Masukkan cili kering, udang kering, dan rempah kari daging Baba’s. Kacau hingga garing dan terbit minyak.
  8. Masukkan stock udang. Kacau dan renihkan hingga terbit minyak.
  9. Masukkan daging batang pinang dan tambahkan air. Biar hingga kuah mendidih dan daging empuk.
  10. Masukkan gula Melaka, asam keping, kiub daging, kiub ikan bilis, dan santan. Kacau dan biarkan kuah merenih sebentar.
  11. Masukkan udang basah, kerang dan fishball. Biarkan ia masak sebentar.
  12. Tambahkan garam, gula dan maggi secukup rasa.
  13. Lepas tu masukkan kentang goreng yang telah di kisar dan kacau rata.
  14. Masukkan tauhu pong dan kacau hingga mesra.
  15. Mee kari spesial sudah siap di hidangkan.

Sekian resepi mee kari spesial dan paling sedap yang boleh anda cuba hari ini. Jika tidak nak gunakan daging selain daging batang pinang, rebus dahulu daging hingga empuk. Air rebusan boleh di gunakan untuk mengganti air. Anda boleh menambah sawi, taugeh, timun, daun sup, daun bawang, telur burung puyuh, limau kasturi, bawang goreng, lada merah, jeruk lada, dan mee kuning untuk di letakkan di atas mee kari.

Leave a Comment