Resepi Nasi Ayam Penyet Sedap dan Mudah

Resepi Nasi Ayam Penyet bukanlah seperti yang kebanyakan kita kira, ayam yang di penyek-penyek. Penyet berasal dari bahasa jawa yang artinya lumat. Maksudnya bahan yang dipakai untuk masak di lumatkan. Ayam penyet dihidangkan bersama sambal yang juga di lumat. Bila ada tempe atau tauhu untuk meramaikan, juga mesti dilumatkan dahulu sebelum ia dimakan bersama nasi.

Resepi Nasi Ayam Penyet

Resepi nasi ayam penyet memang kesedapannya banyak bergantung kepada sambalnya. Jika sambalnya kurang sedap, maka ayam penyet pun kurang sedap. Makanan ini kini cukup popular bukan hanya di Indonesia sahaja, tetapi juga di Malaysia. Dan kini saya nak kongsi resepi sedap dan mudah buatnya.

Bahan ayam penyet

  • 1 ekor ayam di potong 4 atau 8
  • 1/2 sudu besar jintan manis
  • 1/2 sudu besar jintan putih
  • 3 sudu besar ketumbar
  • 1 sudu besar serbuk kari ayam
  • 1 sudu besar kunyit serbuk
  • 1/2 sudu besar serbuk lada putih
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 cm halia
  • 1 sudu teh garam
  • 1/2 cawan tepung beras
  • 1 biji telur
  • minyak masak
  • air

Bahan nasi

  • 3 cawan beras
  • 3 ulas bawang putih di hiris
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 4 biji pelaga
  • 6 cawan air rebusan ayam
  • 1 helai daun pandan di simpul
  • sedikit butter
  • secubit garam

Bahan sup ayam

  • 1 bungkus sup bunjut
  • 1 batang serai di titik
  • 1 inci halia di hiris
  • baki air rebusan ayam
  • daun sup dan daun bawang di hiris
  • bawang goreng

Bahan sambal

  • 10 tangkai cili padi
  • 10 tangkai cili merah
  • 10 biji bawang merah di belah 4
  • 3 biji bawang putih di hiris
  • 5 biji tomato di belah 4
  • 2 sudu makan ikan bilis
  • 3 sudu besar gula merah
  • ikan bilis
  • minyak masak
  • limau nipis

Cara masak ayam penyet

  1. Ayam yang sudah di potong di cuci bersih dan di rebus sehingga empuk.
  2. Angkat dan toskan ayam. Air rebusan ayam jangan di buang kerana akan digunakan untuk menanak nasi dan buat sup.
  3. Sangai jintan manis, jintan putih dan ketumbar hingga naik harum.
  4. Masukkan serbuk karii, serbuk kunyit, serbuk lada putih, halia, bawang putih dan garam.
  5. Tambah sedikit air dan kisar hingga halus.
  6. Lepas tu, lumurkan kisaran tadi pada ayam yang sudah di rebus.
  7. Perap ayam selama semalaman sebelum di goreng.
  8. Campur dengan tepung beras dan telur dalam satu bekas.
  9. Tambah sedikit garam jika kurang masin. Kacau hingga rata.
  10. Celupkan perapan ayam dalam campuran tepung dan telur tadi.
  11. Goreng ayam dalam minyak panas sehingga ayam berwarna kuning keemasan.
  12. Angkat dan toskan.
  13. Renjiskan adunan tepung tu dalam minyak untuk mendapat keriuk-keriuk rangup.

Cara masak nasi ayam

  1. Tumis bawang putih, kulit kayu manis, pelaga, bunga lawang dan daun pandan hingga naik harum.
  2. Masukkan beras dan masak selama 3-5 minit.
  3. Masukkan air rebusan ayam dan perasakan dengan garam.
  4. Masak nasi seperti biasa hingga nasi masak.

Cara masak sup ayam

  1. Panaskan air rebusan ayam.
  2. Tambahkan serai, halia dan sup bunjut. Masak hingga mendidih.
  3. Taburkan garam, daun sup dan daun bawang.
  4. Bila nak di hidang, taburkan bawang goreng.

Cara buat sambal ayam penyet

  1. Goreng ikan bilis hingga garing, angkat dan ketepikan.
  2. Goreng cii merah, cili padi, bawang merah dan tomato hingga layur.
  3. Kisar ikan bilis dan cili tadi dalam blender bersama belacan bakar.
  4. Tumis bahan yang di kisar tadi hingga harum.
  5. Perasakan dengan gula merah dan garam.
  6. Bila nak makan, perahkan dengan limau nipis.

Itulah resepi nasi ayam penyet sedap dan mudah yang boleh saya kongsikan. Rasanya memang terbaik, anak-anak pun suka. Tambahkan juga tempe dan tauhu goreng untuk meramaikan ayam penyet. Selamat mencuba.

Leave a Comment